Individu Dakwa Malaysia Airlines Bawa Penumpang Dari India, Pihak Syarikat Buat Laporan Polis

Trending

Individu Dakwa Malaysia Airlines Bawa Penumpang Dari India, Pihak Syarikat Buat Laporan Polis

Kes peningkatan Covid-19 di India seakan-akan menjadi ‘mimpi ngeri’ untuk rakyat yang berada di negara tersebut. Oleh itu, negara Malaysia mengambil tindakan dengan tidak membenarkan mana-mana individu untuk masuk ke negara Malaysia dari India.

Namun, dilaporkan terdapat kes pertama kemasukan varian COVID-19 dari India dengan mutasi berganda dikenal pasti sebagai B.1.617.1, lapor Berita Harian.

Advertisement

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, syarikat Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) membuat laporan polis terhadap dua individu yang mendakwa pihak syarikat telah melakukan penerbangan membawa penumpang dari India.

Dakwaan seperti ini bukan sahaja menjejaskan reputasi malah dilihat sebagai ancaman kepada kredibiliti negara untuk mengekang Covid-19.

“Malaysia Airlines menegaskan semua penerbangan bagi tempoh kelmarin sehingga hari ini dari India ialah penerbangan kargo. Penerbangan ini membawa muatan seperti barangan farmaseutikal, bekalan perubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan pembungkusan kurier”

Ada pun anak kapal yang terlibat dalam penerbangan itu, mereka tetap kekal berada di dalam pesawat ketika transit. Demi langkah berjaga-jaga, tiada kakitangan penyelenggaraan di India dibenarkan masuk ke pesawat.

Pihak syarikat telah membatalkan semua jadual penerbangan penumpang dari dan ke India sejak negara menyekat kemasukan warga India pada 28 April.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...