Individu Dakwa Dr Noor Hisham Langgar SOP Ketika Majlis Kahwin Anak

Trending

Individu Dakwa Dr Noor Hisham Langgar SOP Ketika Majlis Kahwin Anak

Setiap kali tersebar gambar menunjukkan orang kenamaan sedang menjalani kehidupan seperti orang biasa, mesti ada pihak yang mengambil peluang untuk mencari kesalahan terutamanya melibatkan SOP.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pun tak terlepas dari dipersoal netizen bila gambarnya bersama keluarga dalam majlis perkahwinan anaknya tersebar.

Advertisement

Dr Noor Hisham yang bergambar di atas pentas bersama ahli keluarga didakwa tidak mematuhi SOP kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak melakukan penjarakan sosial.

“Tahniah @DGHisham dapat menantu tapi kenapa macam tiada SOP? Facemask tak pakai, penjarakan sosial pun tiada nampaknya”. – Soal seorang individu.

Dr Noor Hisham yang menyedari dakwaan ini menjawab yang dia hanya bergambar bersama ahli keluarga pada waktu yang singkat.

“Ini semua ahli keluarga saya dan tiada orang luar. Hanya untuk bergambar seketika atas pentas”. – Jawab Dr Noor Hisham.

Sepatutnya perkara seperti ini tidak seharusnya dipersoal kerana pada waktu ini kerajaan telah membenarkan acara majlis perkahwinan diadakan.

This image has an empty alt attribute; its file name is ohmedia-dr-noor2-506x600.jpg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...