Individu Dakwa Diarah Untuk Tidak Hadir Majlis Konvo, Asyraf Wajdi Beri Respon – “Ini Kali Pertama Saya Dengar”

Kehidupan

Individu Dakwa Diarah Untuk Tidak Hadir Majlis Konvo, Asyraf Wajdi Beri Respon – “Ini Kali Pertama Saya Dengar”

Isu melibatkan seorang penuntut institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat tular di media sosial selepas dia mendakwa tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen kerana tempat duduk telah penuh.

Menerusi satu hantaran, pelajar yang menggunakan nama @Eimndanial meluahkan rasa kecewa selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut, malah turut diminta mengesahkan ketidakhadiran melalui pautan yang diberikan.

Advertisement

Asyraf Wajdi

“Tiga tahun aku belajar untuk dapatkan diploma. Eh, kau senang-senang suruh aku tidak hadir untuk konvokesyen. Mudah cara penyelesaian kau eh Mara (Majlis Amanah Rakyat).”

Perkongsian itu segera mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya mempertikaikan situasi berkenaan, selain turut ‘menyeru’ Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki untuk tampil memberikan penjelasan.

Tidak lama kemudian, Asyraf Wajdi sendiri memberi maklum balas di ruangan komen dan memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan segera.

“Terima kasih ‘tagged’ (ditandakan) saya. Saya dah minta pegawai saya semak dengan bahagian berkaitan. Insya-Allah, sepatutnya selesai.”

“Tidak wajar peristiwa besar maknanya kepada pelajar ada had dan kuota. Ini kali pertama saya dengar isu sebegini,” ujarnya.

Tindakan pantas tersebut menerima pujian daripada orang ramai yang menyifatkan respons itu sebagai prihatin terhadap kebajikan pelajar.

Dalam masa sama, isu ini turut membuka perbincangan mengenai keperluan sistem pengurusan yang lebih efisien bagi memastikan momen penting seperti konvokesyen tidak terjejas, memandangkan ia merupakan detik berharga buat setiap pelajar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-07 10:50:52

"Tolong Belajar, Tingkatkan Skil" - Pelanggan 'Complain' Staf Rembayung Ambil Gambar Tak Cantik, Respon Khairul Aming Memang 'Win'!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...