Satu akaun di Threads membuat dakwaan mengejutkan kerana ia melibatkan pelakon dari Malaysia yang kini sudah berhijrah ke sebuah pulau di Filipina, Ben Amir.
Menerusi hantaran itu, individu berkenaan mendakwa Ben Amir mempunyai teman wanita asal dari negara tersebut namun merahsiakan perkara itu.
Bukan setakat itu, individu tersebut turut mendakwa Ben dan wanita berkenaan bersekedudukan di Pulau Siargao dan menjalani kehidupan seperti suami isteri yang sah.
Dia turut berkongsi tangkap layar gambar rumah sedang dalam binaan yang sebelum ini dikongsikan Ben Amir serta wanita berkenaan di mana ia seolah-olah menguatkan dakwaannya.
Dekat IG masing-masing share gambar di lokasi sama
Tinjauan ke profil Instagram aktor tersebut dan wanita berkenaan menunjukkan mereka berkongsi foto di tempat yang sama seolah-olah mereka berdua berada di lokasi itu pada masa yang sama.
Malah, pada ulang tahun kelahiran Ben Amir bulan lalu wanita berkenaan dipercayai telah membuat kejutan buat aktor berkenaan dan mereka juga ada berkongsi foto yang sama di Instagram.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen di Instagram mereka ada juga kemungkinan bahawa sesetengah pihak seperti rakan artis mahu pun peminat Ben Amir tahu tentang hubungan cinta mereka berdua.
Namun, setakat ini hanya individu itu seorang sahaja yang membuat dakwaan berat bahawa Ben Amir dan wanita tersebut tinggal bersama-sama di pulau berkenaan.
Individu itu turut berkongsi mesej ditulis oleh wanita itu menerusi channel selepas dia mendapat tahu fotonya telah tular dan menjadi bahan gosip.