Isteri Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mendedahkan bahawa individu yang menceroboh rumah suaminya itu didakwa telah menjual harta benda di dalam kediaman terbabit.
Menerusi Instagram, Shahida berkata bukan sahaja individu tersebut menjual pelbagai barangan tetapi juga turut menggantung gambar suaminya di dalam bilik serta mengakui bahawa Aliff Syukri merupakan tunangnya.
Difahamkan, rumah kampung itu merupakan rumah singgah mereka sebelum ini namun sudah lama tidak ke sana, hanya staf yang diarahkan untuk menjaganya.
Habis semua barang-barang dijual termasuk kabel dan aircond. Dari penuh rumah tu jadi kosong.
Shahida juga mendedahkan bahawa individu tersebut bersama rakan-rakan turut mencuri barangan milik jiran rumah kampung berkenaan.
Dalam pada itu, Shahida berasa terhibur melihat gambar suaminyi digantung di katil dan individu tersebut mengakui Aliff Syukri merupakan tunangnya semasa di kampung.
(Aliff) janji nak kahwin, 14 tahun dia tunggu.
View this post on Instagram
Menerusi video itu, Aliff dan Shahida dilihat memeriksa setiap ruang kediaman tersebut dan memeriksa barangan rumah yang masih ada serta barang individu berkenaan.