Individu Cekik Dan Ugut Pekerja Kedai Runcit Sudah Ditahan Polis

Trending

Individu Cekik Dan Ugut Pekerja Kedai Runcit Sudah Ditahan Polis

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang individu dipercayai mencekik dan mengugut seorang pekerja runcit yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.

Ekoran itu, suspek yang berumur 50 tahun itu telah ditahan pada pukul 10 malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku, lapor Kosmo.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada mangsa sekaligus merupakan pekerja di kedai runcit berkenaan lebih kurang pukul 12.30 tengah hari semalam.

“Didapati mangsa yang berumur 22 tahun telah menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan dan juga tidak menulis nama pada buku yang telah disediakan”

Susulan itu, suspek akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Seremban untuk tahanan reman di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mendatangkan kecederaan pada mangsa dengan sengaja.

Bukan itu sahaja, suspek juga bakal dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...