Biarpun baru dua hari umat Islam menjalani bulan Ramadan, sudah banyak keluhan di platform media sosial yang diluahkan oleh netizen apabila membeli juadah berbuka di bazar Ramadan.
Harga juadah bazar Ramadan T20 jauh lebih murah?
Namun begitu, melalui platform Threads, seorang individu mendakwa dirinya telah membongkar rahsia tentang lokasi bazar Ramadan T20 yang menawarkan harga juadah berbuka lebih berbaloi serta murah.
Katanya lagi, bazar Ramadan yang didedahkan ini terletak di kawasan golongan orang-orang kaya yang digelar sebagai ‘kawasan T20’ tetapi menjual juadah tiga kali ganda lebih rendah dan kuantiti juga bagus jika hendak dibandingkan dengan bazar lain.
Tiga kali ganda lebih murah & berkualiti
Tahukah korang Bazar Ramadan di Bangsar kawasan orang kaya, 3x lebih murah, berkualiti, lebih kuantiti berbanding dari Bazar Ramadan B40 pantai dalam?
Bahkan, individu itu turut berpendapat bazar Ramadan B40 lebih mahal jika hendak dibandingkan dengan bazar Ramadan T20 itu dan mendakwa peniaga daripada golongan B40 sering menganiaya pembeli.