Baru-baru ini, tular mengenai seorang individu bergelar Datuk dilaporkan gagal membayar sewa rumah mewah selama hampir lapan bulan, menyebabkan tuan rumah terpaksa menanggung bayaran pinjaman bank mencecah hampir RM10,000 sebulan.
Menurut perkongsian oleh Farez Adnan di TikTok, tuan rumah, yang merupakan ibu angkatnya terpaksa bergolok-gadai, menjual emas, dan menghabiskan simpanan peribadi demi membayar komitmen pinjaman rumah tersebut.
Beri banyak alasan
Lebih mengecewakan, Datuk terbabit sering berdolak-dalik dan memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan pembayaran, termasuk mendakwa projek yang diusahakannya tergendala.
Seorang individu berpangkat Datuk, tak bayar rumah sewa almost 7-8 bulan tapi dia punya pusing memang macam gasing. Tapi betul la orang kaya ni kebanyakkan kedekut.
Pada mulanya, pihak tuan rumah bersetuju untuk menjual rumah bernilai jutaan ringgit itu kepada individu berkenaan namun, perjanjian gagal dimeterai selepas individu tersebut tidak mampu membayar ansuran seperti dijanjikan.
Tuan rumah desak keluar
Malah, pembayaran yang dibuat hanya sekadar bayaran sewa bulanan, yang akhirnya turut tertunggak. Situasi bertambah tegang apabila keluarga tuan rumah mendakwa mereka sudah bosan dengan janji kosong, dan akhirnya mendesak individu itu segera keluar dari kediaman tersebut.
Mereka menyatakan bahawa tindakan ini bukanlah kejam, sebaliknya terpaksa diambil demi kelangsungan hidup tuan rumah yang sudah terlalu lama berdiam diri dan menanggung beban.
Lebih memburukkan keadaan, rumah mewah tersebut dikatakan semakin terbiar dan tidak terurus, menambahkan lagi kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung.
Rumah itu berharga jutaan ringgit. Lebih lama kamu tak bayar, lebih besar kos dan faedah yang kamu tanggung untuk dibayar kepada bank dan lebih tinggi kos penyelenggaraan untuk ditanggung, – tegas Farez
Disebabkan keengganan Datuk itu bekerjasama, keluarga tuan rumah mengambil keputusan untuk menularkan isu ini agar menjadi pengajaran kepada orang lain.
@farezadnanofficial
Saya bantu gunakan platform saya supaya nasib makcik saya terbela.
♬ original sound – Farez Adnan
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.