Individu Beri Sebab Kenapa Kes Zara Qairina Tidak Perlu Jalani Inkues? – “Jangan Lepas 6 Bulan…”

Kehidupan

Individu Beri Sebab Kenapa Kes Zara Qairina Tidak Perlu Jalani Inkues? – “Jangan Lepas 6 Bulan…”

Seorang pengguna media sosial tampil mencuri tumpuan ramai apabila dia menzahirkan pendapat mengenai keperluan mengadakan inkues bagi kes siasatan melibatkan pelajar Tingkatan 3 iaitu Allahyarham Zara Qairina.

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan, Yuseri Yusof memberikan 8 sebab mengapa kes Zara tidak perlu melalui inkues.

Advertisement

Individu berkenaan juga merupakan ayah kepada Baby Syifaa, di mana Yuseri Yusof  tidak berpuas hati dengan siasatan awal dan mendakwa terdapat kecuaian serta unsur jenayah dalam kematian anaknya. 

Baby Syifaa turut menjalani inkues dan keputusan mahkamah mendapati si kecil itu meninggal dunia akibat kecuaian pengasuh.

yuseri yusof kenyataan

Kenyataan tersebut kemudiannya menerima pelbagai reaksi yang berbeza dalam kalangan netizen.

Ada yang bersetuju dan tidak bersetuju, malah ada juga yang menyebut kes ‘Zayn Rayyan’ turut mengalami isu yang serupa.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kes Zara Qairina.

Antara intipati, tiada penglibatan VVIP dalam kes tersebut dan juga ketidakpauthan IO dalam siasatan sehingga menyebabkan ketidak telusan dalam proses kes dalam peringkat awal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zara qairina
2025-08-14 08:43:25

Kes Kematian Zara Qairina : 12 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Kenyataan Terbaru Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...