Individu Bagi Cara ‘Halus’ Lawan Israel Melalui Laman Sosial Supaya Tak Kena Banned

Trending

Individu Bagi Cara ‘Halus’ Lawan Israel Melalui Laman Sosial Supaya Tak Kena Banned

Isu antara Israel dan Palestin masih lagi hangat diperkatakan di laman sosial disebabkan tindakan keganasan rejim Zionis yang sanggup menghancurkan kediaman orang awam dan membunuh mereka yang tidak bersalah.

Sehubungan itu, salah satu cara untuk warganet menentang tindakan zalim ini ialah melalui laman sosial dengan memberi kesedaran dan berkongsi mengenai kekejaman rejim Zionis.

Advertisement

Salah satu warganet di Facebook ada berkongsi trick bagaimana cara untuk menentang tindakan kejam rejim Zionis kepada rakyat Palestin. Secara realitinya, ramai warganet yang menggunakan hashtag yang memberitahu secara langsung tentang kekejaman tentera zionis.

Namun, apa yang dikongsi oleh pemuda ini ialah warganet boleh menggunakan cara atau hashtag lain yang mungkin boleh lebih menarik perhatian mata dunia berhubung dengan kekejaman rejim Zionis.

Menurutnya, warganet perlu menggunakan hashtag yang positif untuk menentang kerajaan Israel supaya dapat dilihat lebih ramai orang. Namun, penggunaan hashtag itu bukan bermaksud untuk menyokong kumpulan tersebut, sebaliknya ianya salah satu cara untuk menarik perhatian mana-mana individu yang ingin berkunjung atau melihat kerajaan Israel.

Advertisement

Sebagai contoh, penggunaan hashtag #visitisrael atau #israeltourism atau #israeltrip untuk menjatuhkan industri pelancongan kerajaan tersebut. Hal ini kerana apabila mana-mana individu yang ingin berkunjung ke tempat tersebut dengan membuat pencarian hashtag berkenaan, mereka dapat melihat gambar-gambar atau situasi sebenar keganasan Israel.

https://twitter.com/nuurnisaa_/status/1394707161641414656

Advertisement

Hal ini terbukti apabila penggunaan hashtag berkenaan menjadi trending di laman Twitter apabila ramai warganet yang menggunakan salah satu hashtag berkenaan untuk menunjukkan kekejaman sebenar rejim Zionis.

Walaupun cara ini boleh diguna pakai, namun ianya bukan bererti warganet tidak perlu menggunakan cara lain seperti menggunakan hashtag #savepalestine atau #gazaunderattack kerana cara yang dicadangkan oleh pemuda tersebut salah satu cara untuk menarik lebih ramai orang lagi untuk menunjukkan keganasan rejim Zionis.

Kesedaran masyarakat berhubung keadaan rakyat Palestin yang menjadi korban perlu dititikberatkan supaya lebih ramai lagi orang yang tahu bagaimana keadaan sebenar di bumi Palestin.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...