Jepun memang dikenali dengan makanan yang berkhasiat kerana selalunya mereka akan makan nasi bersama-sama lauk ikan atau ayam, sayur serta sup kosong, di mana makanan ini juga dikenali sebagai bento.
‘Lagi bagus beli bento Jepun dari nasi campur Malaysia’
Melalui platform Threads, baru-baru ini, tular satu hantaran seorang netizen tempatan yang menyarankan buat individu berpendapatan tinggi untuk tidak membeli nasi campur kerana didakwa tidak berkhasiat jika hendak dibandingkan dengan makanan Jepun.
Jika pendapatan bulanan anda RM10 ribu ke atas atau nilai bersih melebihi sejuta, berhentilah makan nasi campur/nasi ekonomi 2 kali sehari semata-mata untuk berjimat!
Buat dirinya, satu set makanan Jepun boleh didapati dengan harga RM25 hingga RM30 dan merasakan ia makanan yang seimbang, di mana cukup zatnya, sayur, protein dan lain-lain.
Saran individu gaji besar beli bento, lebih berkhasiat
Menurutnya, tidak salah untuk seseorang untuk memakan nasi ekonomi, tetapi jika bergaji besar, lebih baik beli makanan Jepun serta mendakwa set makanan yang mahal memberi gambaran bagus.
Individu itu juga merasakan jika mengambil lauk sayur ketika makan nasi campur, ia masih mempunyai kandungan minyak serta gula yang banyak, sekaligus membuatkan seseorang itu mengambil kalori berlebihan.
Netizen tak setuju nasi campur Malaysia dituduh tak berkhasiat
Hantaran tersebut telah mendatangkan rasa kurang senang dikalangan netizen, di mana mereka tidak bersetuju dengan pandangan individu terbabit yang menuduh nasi campur Malaysia tidak berkhasiat berbanding bento Jepun.
Netizen merasakan, dengan mengambil nasi campur juga seseorang itu boleh mengamalkan cara hidup yang sihat kerana ada saja lauk ayam atau daging yang digril atau stim.