Untuk info ramai, gelaran ‘Pejuang SGD’ diberikan untuk individu yang berasal dari Malaysia tetapi bekerja di Singapura demi meraih gaji yang lebih lumayan dan besar.
Hidup di Singapura lebih murah berbanding di Malaysia
Melalui satu laman Facebook yang dikenali sebagai FB Complaint Singapore, seorang individu mengakui hidupnya di Singapura jauh lebih murah jika hendak dibandingkan di Malaysia.
Semasa saya tinggal di KL dengan kuasa berbelanja sebagai orang tempatan, saya sering belanjakan sekitar RM30 hingga RM60 untuk makan dan snek setiap kali keluar. Walaupun saya pergi ke kedai makan yang murah, ia berharga RM12 untuk nasi ayam.
Namun begitu katanya, selepas datang ke Singapura untuk bekerja, dia sedar bahawa kos sara hidup di sana lebih murah berbanding kehidupannya di Malaysia, sekaligus kuasa membeli lebih besar.
Kesal penduduk tempatan mengeluh mata wang tinggi
Kerana dirinya sudah mempunyai kuasa membeli yang lebih besar susulan gaji merupakan mata wang SGD, dia berasa kecewa apabila terdapat beberapa penduduk tempatan mengeluh tentang harga di situ.
Saya berasa kecewa apabila rakan sekerja saya (Singapura) mengadu bahawa GST telah naik dan semuanya ‘mahal’.
Tambahnya lagi, kehidupan kini yang serba cukup ini tidak mudah untuk dimiliki di negara lain.