Individu Akui ‘Culture Shock’ Bila Tinggal Di UK, Ini Sebabnya – “Baru Beberapa Hari Kerja Dah Boleh Beli..”

Travel

Individu Akui ‘Culture Shock’ Bila Tinggal Di UK, Ini Sebabnya – “Baru Beberapa Hari Kerja Dah Boleh Beli..”

Seorang pengguna X, @deeassyyy_, berkongsi pengalaman ‘culture shock’ semasa berada di United Kingdom (UK) dan ciapan yang ditulis telah menarik perhatian ramai.

Kagum dengan kehidupan di UK

Dapat dilihat dalam salah satu gambar yang dikongsikan oleh individu tersebut, telefon bimbit jenama Apple iaitu Iphone boleh dibeli dalam masa beberapa hari saja selepas bekerja.

Advertisement

Dalam pada itu, biarpun sudah hampir jam 9 malam, tetapi di UK langit masih cerah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara lain yang pastinya langit sudah gelap ketika waktu sedemikian.

Hal lain yang membuat dirinya terkejut apabila harga sayuran disana dijual mahal tetapi harga barangan protein seperti daging dijual dengan harga yang murah.

Ada satu hal yang tak disukai di UK..

Tetapi perkara yang paling kurang digemari oleh individu tersebut kerana tandas di UK tidak menggunakan sebarang air, semuanya hanya menggunakan tisu sahaja.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakan perkara yang dikongsikan oleh individu itu membuat netizen teruja, cuma mereka turut tidak menyukai apabila tandas hanya menggunakan tisu dan bukannya air bidet.

barang larangan atas flight
3 weeks ago

Ramai Tak Tahu! Ini 5 Barang Yang Korang Tak Patut Bawa Atas 'Cabin Flight' - No. 3 Tu Ramai Selalu Terlupa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...