Individu 200KG Dibawa Ke Hospital Naik Trak Raih Perhatian , Ramai ‘Nurse’ Kongsi Cabaran Urus Pesakit Obesiti

Kehidupan

Individu 200KG Dibawa Ke Hospital Naik Trak Raih Perhatian , Ramai ‘Nurse’ Kongsi Cabaran Urus Pesakit Obesiti

Video dikongsikan seorang lelak yang bertugas di Jabatan Kecemasan menerusi TikTok baru-baru ini menjadi permulaan kepada penyebaran kesedaran mengenai penjagaan berat badan.

Berdasarkan rakaman itu, @asmadinadzir menunjukkan seorang pesakit yang terpaksa di bawa menggunakan trak Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk menjalani rawatan disebabkan berat badan berlebihan.

Advertisement

Membawa pesakit 200 kilogram++ untuk CT scan dengan trak APM.

bawa pesakit 200kg naik trak

Hantaran itu meraih perhatian dan menerima pelbagai komen daripada netizen yang membicarakan tentang isu berat badan berlebihan dan akibatnya.

Selain tidak elok untuk kesihatan, netizen menegur individu yang tidak menjaga pemakanan untuk melihat situasi tersebut sebagai iktibar kerana masalah berat badan berlebihan juga menyukarkan sesetengah perkara.

Menerusi video yang lain, lelaki berkenaan turut berkongsi video detik ketika proses mengangkat pesakit tersebut untuk masuk ke dalam trak APM itu.

@asmadinadzir Replying to @Medd | UGC Creator 🧸ྀི awareness kepada semua 🥹orang selalu cakap gemuk is awesome kan ? bagi kami yang medical staff , totally tak awesome 🫂🫂🫂 kat ED takpe ramai geng laki , kalau kat wad tu kesian kakak misi nak buat sponging ka tukar pampers ka 😔 #fyp #foryourpages #fypsong #medicalstudent #emergencyroom ♬ original sound – asmadinadzir

Dalam pada itu, sesetengah individu yang pernah mempunyai berat badan berlebihan berkongsi bahawa mereka kini memilih untuk menjaga pemakanan untuk kesihatan.

Ramai jururawat turut berkongsi pengalaman sukar mereka menjaga pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan seperti memandikan dan menukarkan lampin.

Saya kerja icu. Malam malam wajib mandi kan patient. Kalau kena patient berat 150kg ke atas dan intubated, memang sakit pinggang nak pusing tukar pampers semua.

komen netizen TikTok komen netizen TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jenazah obesiti
2 months ago

Kena Tahan Mulut Dari Mengata, Pengurus Jenazah Akui Urus Jenazah Obesiti Merupakan Dugaan Terbesar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...