India Lancarkan Kempen “Loo Review”, Orang Ramai Berikan Review Pada Tandas Awam Yang Digunakan

Teknologi

India Lancarkan Kempen “Loo Review”, Orang Ramai Berikan Review Pada Tandas Awam Yang Digunakan

Walaupun kita sudah berada di tahun 2019, namun masih ada masyarakat di India yang mengamalkan proses membuang air besar secara terbuka (open defecation). Biarpun kedengaran pelik tetapi hakikatnya inilah yang berlaku di India.

Pada tahun 2014, Perdana Menteri India iaitu Narendra Modi telah melancarkan kempen “Clean India” dengan kos sebanyak $31 billion dalam menubuhkan 111 million tandas dalam tempoh lima tahun.

Advertisement

Untuk mencapai misi bebas “open defecation” di India, Google telah bekerjasama dengan kerajaan India dengan menambah beribu lokasi tandas pada Google Maps untuk memudahkan rakyat mencari lokasi tandas.

 

Lebih 45,000 tandas di 1,700 bandar telah dimasukkan di dalam Google Maps.

Selaras dengan pelaksanaan ini, kempen “Loo Review” juga telah dilancarkan dimana masyarakat India memberikan review pada tandas yang mereka pergi.

Advertisement

Kempen ini juga dikhabarkan mendapat sambutan yang hangat di sana dan dikongsikan di media sosial dengan nama #LooReview.

Kreatif juga idea yang mereka ketengahkan ni kan? Tak mustahil pada masa akan datang negara India dapat capai misi mereka untuk bebas “open defacation“.

Sumber: Android police

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...