Walaupun kita sudah berada di tahun 2019, namun masih ada masyarakat di India yang mengamalkan proses membuang air besar secara terbuka (open defecation). Biarpun kedengaran pelik tetapi hakikatnya inilah yang berlaku di India.
Pada tahun 2014, Perdana Menteri India iaitu Narendra Modi telah melancarkan kempen “Clean India” dengan kos sebanyak $31 billion dalam menubuhkan 111 million tandas dalam tempoh lima tahun.
Untuk mencapai misi bebas “open defecation” di India, Google telah bekerjasama dengan kerajaan India dengan menambah beribu lokasi tandas pada Google Maps untuk memudahkan rakyat mencari lokasi tandas.
You can now find public toilets through @googlemaps in India!
As a part of the Central government’s #LooReview Campaign, the app has added more than 45,000 commmunity and #PublicToilets pic.twitter.com/LFaxVblJmd— editorji (@editorji) July 15, 2019
Lebih 45,000 tandas di 1,700 bandar telah dimasukkan di dalam Google Maps.
Selaras dengan pelaksanaan ini, kempen “Loo Review” juga telah dilancarkan dimana masyarakat India memberikan review pada tandas yang mereka pergi.
Kreatif juga idea yang mereka ketengahkan ni kan? Tak mustahil pada masa akan datang negara India dapat capai misi mereka untuk bebas “open defacation“.
Sumber: Android police