India Haramkan Aplikasi Tik Tok Dari China, Tampil Dengan Aplikasi Tik Tik Dengan Fungsi Yang Sama

Trending

India Haramkan Aplikasi Tik Tok Dari China, Tampil Dengan Aplikasi Tik Tik Dengan Fungsi Yang Sama

Baru-baru ini, TikTok adalah salah satu daripada 59 aplikasi dari China yang dilarang oleh kerajaan India. Dalam misi memboikot semua aplikasi dari China, Ashish seorang pelajar kejuruteraan dari daerah Kottayam, Kerala, India, mencipta satu lagi platform perkongsian yang disebut ‘Tik Tik – Made in India’.

Sebaik sahaja ianya dikongsikan, ianya mendapat sambutan hangat dari masyarakat India dan menjadi salah satu aplikasi paling trending di Google Playstore India. Lebih 250,000 pengguna memberikan ulasan memberitahu aplikasi itu mudah digunakan dan mereka sangat gembira dengannya.

Advertisement

Aplikasi ini dilancarkan sejurus larangan itu dan telah dimuat turun 30,000 kali.

tik tik

Ashish adalah pelajar Teknologi Maklumat (IT) tahun ketiga di University College of Engineering, Kariyavattom di daerah Thiruvananthapuram, Kerala. Dia memberitahu sebelum ini dia pernah memuat naik aplikasi yang sama dengan nama BlogsApp.

Dia kemudian menukar nama tersebut dan memilih nama ‘Tik Tik’ supaya orang ramai mudah mengingatinya dan ternyata ianya berhasil. Pelajar itu juga mendakwa aplikasinya jauh lebih baik daripada TikTok dari segi pengalaman pengguna. TikTok mempunyai had satu minit untuk memuat naik video. Dengan Tik Tik, pengguna dapat merakam video sepanjang masa.

tik tok

Dilaporkan, segmen duet TikTok yang popular tidak terdapat di Tik Tik. Dengan jumlah pengguna yang meningkat setiap hari, Ashish kini meningkatkan sistemnya untuk mengatasi jumlah kemasukan pengguna yang ramai. Pelajar itu sebelum ini pernah mencipta beberapa aplikasi yang turut mendapat sambutan hebat daripada pengguna.

Antaranya aplikasi yang disebut sebagai ‘Plugsup’ untuk tujuan komunikasi dalaman kolejnya dan aplikasi lain yang disebut ‘Prime Restaurant’ yang dapat digunakan oleh restoran untuk berkomunikasi dengan staf mereka. Buat masa ini, dia juga telah merancang platform media sosial baru yang menurutnya akan berfungsi dengan baik dalam masa terdekat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...