India Catat Peningkatan Kes Virus Nipah, KKM Tingkat Kawalan Kesihatan Di Semua Pintu Masuk Negara

Berita

India Catat Peningkatan Kes Virus Nipah, KKM Tingkat Kawalan Kesihatan Di Semua Pintu Masuk Negara

Kawalan kesihatan di semua pintu masuk negara akan dipertingkatkan secara berperingkat susulan laporan jangkitan virus Nipah yang dilaporkan berlaku di India.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau secara rapi perkembangan situasi tersebut dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), selain menjalinkan komunikasi dua hala bersama pihak berkuasa berkaitan.

Advertisement

Virus nipah

“KKM menegaskan bahawa langkah kawalan kesihatan di sempadan sentiasa dikekalkan dan akan dipertingkatkan secara berperingkat mengikut perkembangan penilaian risiko serta kemas kini epidemiologi rasmi,” katanya pada Selasa.

Menurut KKM, sebarang langkah kesihatan awam selanjutnya akan diputuskan berdasarkan maklumat yang telah disahkan serta penilaian risiko yang teliti, selaras dengan dasar nasional dan prosedur sedia ada.

“Tahap kesiapsiagaan kesihatan awam di pintu masuk negara, termasuk lapangan terbang antarabangsa, pelabuhan laut dan pintu sempadan darat, terus beroperasi secara konsisten mengikut protokol yang telah ditetapkan.”

“Langkah-langkah itu merangkumi pemantauan kesihatan dan saringan berasaskan risiko terhadap pengembara, laluan rujukan yang jelas bagi pengembara bergejala atau disyaki menghidap penyakit serta kesiapsiagaan operasi Pasukan Perubatan Kecemasan (Emergency Medical Team, EMT) selaras dengan garis panduan penyakit berjangkit sedia ada,” ujar KKM.

Pada Jumaat lalu, beberapa kes jangkitan virus Nipah disahkan berlaku di negeri West Bengal, termasuk melibatkan petugas kesihatan di sebuah hospital swasta. Difahamkan, lebih 100 individu telah ditempatkan di bawah kuarantin bagi membendung penularan penyakit tersebut yang mempunyai kadar kematian tinggi dan sehingga kini tiada rawatan khusus.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak
2026-01-27 11:36:54

Anak Allahyarham Bung Mokhtar Angkat Sumpah Ahli Parlimen Kinabatangan

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...