Indah Ruhaila Nafi Putus Tunang : Rancang Kahwin Mac 2017

Hiburan

Indah Ruhaila Nafi Putus Tunang : Rancang Kahwin Mac 2017

Baru-baru ini penyanyi Indah Ruhaila dihimpit gosip bahawa beliau sudah pun memutuskan ikatan pertunangan dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai R.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Indah menerusi portal mStar Online menafikan perkara berkenaan dan mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan lelaki berkenaan yang merupakan seorang pengurus akaun pada Mac 2017.

Lega apabila sudah ada tarikh untuk berkahwin selepas tiga tahun kami bertunang, secara tidak langsung saya buktikan hubungan pertunangan kami berakhir seperti dirancang biarpun mengambil tempoh yang panjang.

Saya tahu ramai yang menjangkakan hubungan kami akan berakhir dengan perpisahan kerana terlalu lama bertunang, tapi jodoh kami kuat. Insya-allah akan majlis akan berlangsung pada Mac depan waktu cuti sekolah, tapi belum ada tarikh yang tepat.

Sebelum ini, Indah sebenarnya  merencana untuk melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berkenaan yang sudah tiga tahun menjalinkan percintaan dengannya itu pada akhir tahun ini.

Namun, dek kerana beberapa kekangan mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Sudah tentu keluarga kami paling gembira, saya akui keluarga belah lelaki bimbang dan ada hubungi saya bertanya bagaimana arah hubungan kami.

Pada awalnya kami ingin melangsungkan perkahwinan pada akhir tahun ini tapi masa sudah suntuk untuk buat persiapan.

Sementara itu, Indah turut mengakui ada beberapa pihak sudah menghubungi beliau untuk menaja majlis perkahwinannya nanti tetapi beliau masih mempertimbangkan tawaran yang sesuai supaya tidak menjejaskan hari bahagia beliau dan R.

Mereka kalau boleh mahu menggunakan duit sendiri kerana hanya menginginkan sebuah majlis yang sederhana dan santai.

Tahniah kami ucapkan kepada Indah Ruhaila dan pasangan. Biasalah, dugaan bertunang pasti akan ada macam-macam cerita yang keluar. Kami harap segala persiapan mereka untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...