Kegilaan rakyat Malaysia terhadap minuman ‘bubble tea’ atau teh boba semakin menjadi-jadi. Banyak sungguh kedai minuman ini dibuka ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, termasuklah di tepi jalan.
Antara yang tidak terlepas mengambil peluang dengan pengaruh viral minuman ini ialah Datuk Seri Vida. Baru-baru ini, dia ada mempromosikan produk terbaru keluaran anaknya, Cik B iaitu minuman teh boba.
Bagaimanapun, rata-rata netizen mendakwa teh boba dijual pada harga agak mahal iaitu RM 15 secawan. Malah, ada netizen meluahkan rasa kecewa, mengatakan kualiti rasa tidak setimpal dengan harga ataupun dalam erti kata lain, indah khabar dari rupa.
Meskipun menerima pelbagai kritikan dan kecaman, DSV nampaknya tidak memberikan sebarang respon mengenai isu tersebut.
Apa-apa pun, kami harap perkara ini dapat diselesaikan secara baik. Terima juga pandangan orang lain terhadap produk yang dikeluarkan dan cuba memperbaikinya agar mendapatkan hasil yang terbaik.

korok
August 14, 2019 at 3:51 pm
korg pun 1 hal dh tau DSV ni kaki penipu nak gak support produk dia…kejadah la smpi rm15..tealive..ZFT yg glamer pun x smpi la rege cm dia..nak cover duit byr ecah kot…
Nona
August 13, 2019 at 12:43 pm
Muahahhahahahahahahahaha….. Aku harap sangat2 jangan la ada org mau bawa franchais teh mahal dia ni pegi sabah.. Please..jangan… Kawan ada bawa balik salmon skin cik b.. Ya ampun….. Msg dowh.. Bikin botak kepala owh.. Sudahlah sikit…masin.. 2-3 keping makan terus tolak tepi.
Kalau mau jual high end produk dengan harga mahal bukan x boleh.. Cuma kasi ngam la harga n kualiti.. Org x kisah bayar mahal kalau berbaloi dengan kualiti.. Ni bukan setakat x da kualiti..kuantiti pun hampeh..