“Inai Ni Asli..” – Neelofa Kata Inai Nunha Warna Gelap & Terang Sebab Ditapis Sebanyak 9 Kali

Hiburan

“Inai Ni Asli..” – Neelofa Kata Inai Nunha Warna Gelap & Terang Sebab Ditapis Sebanyak 9 Kali

Sedia maklum, inai Nunha milik selebriti serta usahawan yang dikenali ramai iaitu Neelofa telah menjadi perhatian orang ramai dan sering kali dilihat di media sosial, pengguna memberi feedback menggunakan inai terbabit.

Biarpun ramai yang memberi komen yang positif, tetapi masih ada yang mengecam produk terbabit hingga mengatakan warna inai itu seakan-akan jari tersepit pintu.

Advertisement

Bagi mendapatkan jawapan daripada pemilik inai itu sendiri, pihak Getaran telah menemubual Neelofa di majlis pelancaran tudung Naelofar x Disney Alice In Wonderland. Menurutnya, warna itu adalah asli dan tidak ditambah dengan sebarang pewarna tiruan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INNAI NUNHA HQ (@nunha.co)

Perkara pertama yang saya titikberatkan sebelum mengeluarkan inai ini ialah saya tidak mahu ia mempunyai sebarang kandungan bahan kimia, pewarna makanan atau  benda yang pelik-pelik untuk warnanya cepat resap.

Difahamkan, pada perancangan awal pembuatan inai ini bukanlah dalam bentuk serbuk tetapi Neelofa bertukar fikiran dan mahu pembeli bancuh sendiri inai mereka.

Menurutnya lagi, inai ini merupakan serbuk inai asli yang telah ditapis sebanyak sembilan kali. Jadinya warna inai akan jadi lebih cantik jika menggunakannya dengan betul.

Sekadar info, tular di media sosial sebelum ini beberapa pembeli mengeluh serta tidak berpuas hati dengan hasil inai Nunha ini dan mereka mengatakan ia indah khabar dari rupa. Apatah lagi melihat warna inai di jari Neelofa kelihatan cantik saja.

Neelofa jelaskan isu inai Nunha
2 years ago

"Kami Sedang Tunggu SIRIM & HALAL.." - Sedar Ramai Pertikai Isu Inai Nunha, Neelofa Tak Diam Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Getaran

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...