Bekas penyanyi dan juga personaliti media, Ina Naim mendedahkan bahawa keluarganya tidak menganggap peti sejuk sebagai satu keperluan utama di rumah.
Menurut Mingguan Wanita, mereka sekeluarga sudah terbiasa dengan rutin membeli barang basah dan makanan segar setiap hari, jadi tidak timbul isu untuk menyimpan stok makanan terlalu lama.
View on Threads
Ina Naim turut mendedahkan bahawa mereka tinggal berdekatan dengan pelbagai gerai yang menjual sayur dan bahan makanan, lantas mudah mendapatkan barang itu setiap kali perlu menggunakannya.
Jelas Hadi yang turut sama berada dalam temubual itu,
Dia ada, tapi tak function.
Ina juga menambah, ada benarnya jika makanan yang disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk akan menjejaskan kualiti. Baginya, pilihan membeli barangan segar setiap hari lebih baik untuk kesihatan keluarga.
Pandangan Ina ini mendapat perhatian netizen, ada yang bersetuju dengan gaya hidup tersebut kerana lebih sihat, namun tidak kurang juga yang menganggap peti sejuk masih perlu untuk memudahkan urusan harian.