Ina Naim Sifatkan Neelofa Contoh Wanita Solehah – “Sebab Dia Buat Kerana Allah, Rezeki Dia Melimpah Ruah..”

Hiburan

Ina Naim Sifatkan Neelofa Contoh Wanita Solehah – “Sebab Dia Buat Kerana Allah, Rezeki Dia Melimpah Ruah..”

Jika sebelum ini tular videonya mendengar lagu nasyid dari kumpulan Inteam, kini Ina Naim kembali mencuri perhatian netizen apabila dia tampil mengulas mengenai ciri-ciri wanita solehah di akaun TikToknya.

Memetik laporan Xtra, menurut Ina, wanita solehah adalah wanita yang menjaga auratnya, menjadi penyejuk mata dan bukan bergelek di khalayak ramai.

Advertisement

ina naim

Berjoget, tunjuk sana sini. Itu bukan wanita hiasan dunia. Itu, saya pun tak tahu. Hiasan dunia untuk suami.

 

Seindah hiasan adalah wanita solehah. Kita ni seorang perempuan, jangan bergelek, tunjuk depan belakang.

Kata Ina, seorang wanita perlu ada rasa malu terhadap jantina yang berlainan dan tutup apa yang boleh ditutup.

Orang lelaki ni dia kalau pandang tu ‘dalam’ dia fikir. Sampai ke dalam dia ‘scan’. Tutup sikit. Yang boleh labuh, labuhkan lah sikit.

 

Saya sendiri dulu, nak pakai stokin pun rasa rimas, tak selesa. Tapi, sekarang kalau keluar tanpa stokin rasa lagi rimas, rasa tak selesa.

Dalam pada itu, Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim meluahkan rasa kagumnya terhadap pelakon dan usahawan terkenal iaitu Neelofa yang disifatkan sebagai contoh wanita solehah masa kini.

neelofa

Dia mengatakan Neelofa merupakan individu yang sentiasa meletakkan niat kerana Allah SWT dalam setiap langkah kehidupannya tidak kiralah dari kerjaya hingga ke bidang perniagaan dan dakwah.

Tengok macam Neelofa, Buat apa-apa kerana Allah. Neelofa tu orangnya cerdik, bijak, pandai.

 

Daripada sikit-sikit dia berubah, sampai sekarang. Sebab tu Allah bagi rezeki dia melimpah ruah. Sebab dia buat kerana Allah.

Menerusi hantaran yang sama, dia turut mendoakan agar Neelofa terus diberi kekuatan dan istiqamah dalam memperjuangkan dakwah serta menyebarkan kebaikan.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ina naim dengar lagu inteam
3 weeks ago

(VIDEO) Mata Berkaca Dengar Lagu Inteam Dalam Kereta, Perkongsian Ina Naim Buat Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...