Ina Naim Sentiasa Terkenang Kata-Kata Arwah Suami – “Selama Ni Yang Jaga Kamu Semua Bukan Abang, Tapi Allah”

Hiburan

Ina Naim Sentiasa Terkenang Kata-Kata Arwah Suami – “Selama Ni Yang Jaga Kamu Semua Bukan Abang, Tapi Allah”

Perkongsian Ina Naim tentang kata-kata arwah suaminya menyentuh hati ramai warganet selepas dia menceritakan detik kali terakhir dia bercakap dengan Allahyarham Suhaimi Saad.

Menerusi sesi ‘live’ di TikTok, Ina berborak santai dengan warganet dan sudah tentu topik mengenai arwah dibangkitkan dan dia langsung tidak kisah mahu berkongsi cerita tentang Suhaimi.

Advertisement

suhaimi

 

Kongsi kata-kata arwah sebelum pergi

Cerita Ina, sudah tentu sebagai isteri dia berasa sedih ketika suaminya meninggal dunia namun kata-kata dari Suhaimi membuatkannya kuat untuk menjalani kehidupan hari ini.

Rasa sedih dan terkilan. Kali terakhir saya cakap dengan dia, ‘siapa nak jaga kami nanti?’. Dia kata, ‘selama ini yang jaga kamu semua bukan abang tapi Allah’.

suhaimi

Keyakinan ditunjukkan Suhaimi itu menjadi semangat untuk Ina meneruskan kehidupan bersama empat orang anak mereka tanpa ketiadaannya di sisi.

Saya tersentak dengar dia cakap begitu tetapi memang betul, yang menjaga kita bukanlah pasangan kita, ibu bapa atau anak-anak tapi Allah. Jadi berbalik kepada Allah. Bila dia kata begitu, saya rasa kuat dan saya yakin. Rezeki pun Allah bagi, semuanya Allah.

 

Arwah tidak pernah lupa Allah dalam setiap urusan

Dalam pada itu, Ina turut berkongsi tentang Suhaimi yang tidak pernah sekali melupakan Allah SWT dalam apa jua urusan yang dilalukannya.

Suhaimi tu kalau sembang dengan dia semuanya tentang Allah. Sebab tu dia tak letakkan saya sebagai orang yang paling dia sayang. Saya orang yang ketiga selepas Allah dan Rasulullah SAW.

Kata Ina, sebab itulah apabila Suhaimi sudah tiada kini dia tidak terlalu meratapi pemergian arwah kerana tahu semua di dunia ini milik Allah SWT.

Nanti kita pun begitu dan mintalah pada Allah untuk mempermudahkan urusan kematian kita. Sebab kita tak tahu kita meninggal macam mana.

@bunga_cumil Yang jaga kita, Allah SWT @inasuhaimi78 #sampaisyurga❤️ ♬ Seruling Sholawat Jibril – vmozjr

Kesihatan Suhaimi Saad dilaporkan merosot sekitar awal Oktober lalu kerana mengalami batuk kronik dan cirit birit sehigga berat badannya susut sebanyak 20 kilogram.

Suhaimi disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 petang, 15 November tahun lalu selepas ditidurkan selama enam hari akibat jangkitan kuman di paru-paru.

ina naim
1 year ago

"Contoh Isteri Mithali" - Dipersoal Perasaan Apabila Arwah Suami Tak Beri Kemewahan, Ini Jawapan 'Padu' Ina Naim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...