Ina Naim Perjelas Dia Tidak Boleh Menjanda Terlalu Lama, Perlu Figura Suami Untuk Didik Anak-Anak – “Mereka Tidak Ke Sekolah Tapi Perlu Belajar”

Hiburan

Ina Naim Perjelas Dia Tidak Boleh Menjanda Terlalu Lama, Perlu Figura Suami Untuk Didik Anak-Anak – “Mereka Tidak Ke Sekolah Tapi Perlu Belajar”

Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim memaklumkan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor pada November ini.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Ina berkata dia memerlukan figura seorang suami untuk membantunya membesarkan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

Advertisement

Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa baru mereka. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.

Anak-anak memang tidak ke sekolah tetapi mereka kena belajar. Disebabkan itu saya tidak boleh menjanda lama-lama dan duduk seorang kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.

Anak-anak saya perlu belajar disebabkan itu saya memerlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran mereka setelah ayah mereka meninggal dunia.

Bakal bernikah pada 8 November ini, Ina berkata dia dan Khairul hanya menjemput keluarga dan kenalan terdekat sahaja bagi meraikan hari bahagia yang disambut secara sederhana.

Ina naim dan anak-anak

Minta maaf tak dapat jemput semua kerana saya tidak buat majlis besar pun. Minta maaf banyak-banyak kepada netizen dan kawan kawan di TikTok, kalau boleh memang saya nak jemput semua.

Saya buat majlis nikah sahaja dan menjamu makan untuk saudara dan rakan-rakan terdekat. Saya bukannya anak dara atau muda lagi. Saya sudah tua dan ada anak-anak, takkan kita nak duduk atas pelamin untuk bersanding. Jadi saya buat perkara yang wajib sahaja iaitu bernikah dan jamu tetamu makan.

Terdahulu, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Suhaimi kemudiannya meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fazura fitnah
3 weeks ago

"Amboi... Dia Pun Nak Fitnah Saya Juga..." - Nur Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...