Selepas mendirikan rumah tangga, nampaknya rezeki Ina Naim atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim semakin melimpah ruah.
Wanita berusia 40 tahun dari Johor itu dilihat menjadi model terbaru kepada bisnes usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri.
Ramai yang seronok melihat Ina namun sesetengah pihak meluahkan rasa risau apabila ibu kepada empat anak itu kini sudah masuk ke dunia glamor.
View this post on Instagram
Meski pernah bergelar penyanyi suatu ketika dahulu namun netizen bimbang dia hanyut dengan dunia glamor malah turut berpendapat Ina lebih elok kekal dengan imej sopan santun seperti sebelum ini.
“Sikit sikit bolehlah. Jangan lari jauh sangat daripada landasan. Kekalkan Ina yang sopan dan manis,” komen seorang individu.
Menerusi video yang tular di TikTok, netizen meluahkan rasa bimbang selepas melihat Ina yang ditemani suami, Khairul Rizal tertawa dan terhibur dengan telatah Aliff sedang menari.
Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang memberi ‘amaran’ kepada Aliff agar tidak ‘merosakkan’ Ina dengan melakukan perkara melangkaui batas demi melariskan produknya.
Janganlah ajar dia benda pelik-pelik. Datuk Aliff jangan rosakkan Ina kami ya, awas!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.