Ina Naim atau Nordiana Mohd. Naim, 39, memaklumkan suaminya, Suhaimi Saad kini masih ditidurkan dan bebas daripada penyakit tuberculosis (tibi).
Terdahulu, bekas ahli kumpulan In-Team itu dilaporkan dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Johor.
Suhaimi ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.
Ujar Ina, selepas ujian pertama doktor memaklumkan Suhaimi bebas tibi namun ujian kedua akan dilakuan bagi mengesahkan lagi hal tersebut.
Suami masih ditidurkan dan keadaannya kritikal tetapi semalam oksigen berada pada tahap normal, cuma jantungnya masih lagi laju sekitar 130.
Dalam pada itu, Ina yakin suaminya akan kembali sembuh dan memohon orang ramai untuk terus menerus mendoakan kesihatan Suhaimi.
Tambah Ina lagi, berat badan Suhaimi turun mendadak sebanyak 20 kilogram sekitar sebulan yang lalu dan dia mengalami batuk namun lama kelamaan ia semakin teruk sehingga menyebabkan suaminya sesak nafas.
Selepas batuknya pulih, Suhaimi mengalami cirit birit pula sehingga tak boleh nak makan dan ia membuatkan berat badannya hanya tinggal 43 kilogram.
Kami sudah melakukan ikhtiar sehingga dia sendiri minta dihantar ke hospital yang dianggap sebagai usaha terakhir.