Susulan memuat naik foto memberi makan kepada anak khinzir, baru-baru ini, pempengaruh popular iaitu Imran Bard teruk dikecam, malah ada yang melabelnya murtad.
Imran tampil bersuara isu beri minum kepada anak khinzir
Disebabkan kata-kata yang dilemparkan oleh netizen terlalu kasar, Imran tampil memberi penjelasan dan meluahkan rasa terkilan kerana netizen meninggalkan komen melampaui batas.
Influencer itu menegaskan dia hanya menyusukan haiwan tersebut tanpa menyentuh dan melakukan perkara tersebut kerana ia merupakan pengalaman indah buatnya.
Gambar tersebut telah ‘triggered’ ramai orang Melayu dan mereka juga komen. Komen yang sangat tidak beradab, gara-gara foto tersebut saya dilabel murtad. Malah ada yang kata saya liberal.
Rujuk pada ustaz, tak berdosa
Dalam pada itu, dia turut berasa hairan dituduh membuka ruang orang ramai untuk melontarkan fitnah.
Sekali pun saya buka ruang fitnah, itu bukan peluang anda untuk menjatuhkan fitnah terhadap saya. Fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh.
Akibat terlalu teruk dikecam, Imran memberitahu dia sudah merujuk kepada ustaz dan diberitahu tidak berdosa kerana hanya memberi minum, bukannya menyentuh.