Pempengaruh media sosial, Imran Aqil mendedahkan perjalanan menuju penyertaan dalam Ironman 70.3 bukanlah sesuatu yang mudah, malah penuh cabaran dalam mengurus masa, keluarga dan kerjaya.
Menurut Imran atau nama penuhnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, dia pernah dianggap mementingkan diri kerana mendaftar acara tersebut tanpa memaklumkan isterinya, Dahlia Rizal.
View this post on Instagram
Kongsinya di Instagram.
Bahagikan masa antara latihan, kerja dan keluarga sangat susah. Pernah bergaduh besar sebab saya gagal urus masa. Anak kami baru empat bulan, Dahlia pula masih dalam fasa pemulihan. Saat dia perlukan sokongan, saya pula sibuk kejar impian.
Walaupun menyedari masa itu bukan yang terbaik, Imran bersyukur kerana mendapat bantuan keluarga dan sokongan penuh daripada isterinya. Katanya,
Allah hadirkan jalan dengan keluarga dan mentua yang tolong jaga Yusra. Paling besar, sokongan Dahlia. Terima kasih kerana tetap sabar dan kuat walaupun saya sibuk dengan kerja dan latihan.
Imran turut berharap agar dia berjaya menamatkan cabaran Ironman 70.3 yang menjadi salah satu impian terbesarnya.