Impian Tercapai, Wany Hasrita Kini Miliki Rumah Dua Tingkat

Hiburan

Impian Tercapai, Wany Hasrita Kini Miliki Rumah Dua Tingkat

Hasrat untuk memiliki rumah sendiri di usia muda akhirnya tercapai apabila penyanyi popular Wany Hasrita kini khabarnya telah menerima kunci kediaman pertamanya baru-baru ini.

Impian Tercapai, Wany Hasrita Kini Miliki Rumah Dua Tingkat

Advertisement

Menurut Wany, beliau telah memasang impian untuk memiliki kediaman itu sejak tahun lalu dan meluahkan rasa syukur segala urusannya dalam soal beli rumah tersebut dipermudahkan.

“Alhamdulillah, untuk segalanya. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah.

Meskipun akui azamnya itu lewat 1 tahun daripada asal, namun tetap bersyukur dengan segala yang diperolehnya kini atas usaha keras serta titik peluh dalam mengecapi impiannya untuk berada di tahap sekarang.

“Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay. Tapi Allah tahu bila waktu yang terbaik untuk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan.”

Impian Tercapai, Wany Hasrita Kini Miliki Rumah Dua Tingkat

Menerusi posting video yang dipaparkan di laman Instagramnya itu, Wany yang juga lulusan Sarjana Muda Sains Perubatan dari Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Shah Alam turut berkongsikan kepada peminatnya ruangan dalam rumah berkenaan. Tambahnya lagi, beliau juga akan melakukan beberapa pengubahsuaian sebelum berpindah masuk.

“Ini adalah tanggungjawab, rumah ini tak besar tak kecil tapi sedang cukup untuk kami berdua dan anak-anak kucing. Alhamdulillah.”

Sekadar informasi, Wany yang dikenali dengan imej bersih dan bebas kontroversi itu merupakan pemenang Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31. Hasil kemenangan itu, nama Wany mula disebut-sebut sebagai perintis penyanyi alaf baharu yang mampu menghasilkan muzik yang baik buat industri hiburan tempatan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...