Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Impian Tercapai Sebelum Kahwin, Ayda Jebat Hadiahkan Ibu Sebuah Rumah Dua Tingkat

Bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2021, penyanyi dan juga pelakon Ayda Jebat meluahkan rasa terharu kerana melaksanakan impiannya untuk membelikan sebuah rumah untuk ibu tercinta.

Ayda,28, telah berkongsikan berita gembira itu menerusi Instagram miliknya dengan foto memaparkan dia memeluk ibu tersayang dengan latar belakang sebuah rumah dua tingkat yang dibelinya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Bismillahirrahmanirrahim. Syukur alhamdullilah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah. Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya mahu capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah.”

Difahamkan, kediaman dua tingkat itu terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu turut berkesempatan mendoakan para peminatnya supaya dapat membahagiakan orang tua, namun bukanlah sekadar dengan pemberian dalam bentuk harta benda semata-mata.

Sekadar info, Ayda Jebat dan tunang, Nabil Mahir bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 nanti. Semoga dipermudahkan urusan Ayda dan pasangan!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top