October 17th, 2020

Pelakon Emelda Rosmila meluahkan rasa girang kerana dapat bergandingan buat pertama kalinya bersama suami, Adlin Aman Ramli.

Menurut Emelda, dia dan Adlin bakal tampil dalam sebuah drama terbitan Astro Citra.

Tambahnya lagi, penampilan bersama itu juga merupakan impian peminatnya yang ingin melihat mereka berdua berlakon bersama dalam satu drama atau filem.

View this post on Instagram

?Hmmm.. Mungkin juga makbul doa2 followers mel yg lately nih asyik sebut2 dkt komen nak tgk mel belakon dgn adlin. Impak watak Adlin sebagai Ikram dalam Bidadari kiriman Tuhan tu buatkan ramai komen nak mel bergandingan dgn Adlin, Oh well dear followers, makbul komen2 korang semua tu, ini pertama kali mel share frame dgn suami sendiri as husband and wife. Girang tak terkata hehe. Masa Adlin direct utk terbitan sendiri dulu pernah la, tapi dia cuma masuk utk satu dua scene. Kali nih panjang, jadi pasangan pulak tu. Fun shoot dgn husband sendiri.? @adlinamanramlie • Nanti tgk kay??? Enjoylaa bloopers salah nih. YOU CHOUBE Pun boleh!!??? • Jodoh PKP Directed by @ariffzulkarnain Produced by @heritage_movies for @astrocitrahd ??

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

“Mungkin juga makbul doa-doa pengikut Mel (Emelda) yang baru-baru ini asyik sebut-sebut nak tengok Mel berlakon dengan Adlin. Impak watak Adlin sebagai Ikram dalam Bidadari Kiriman Tuhan tu buatkan ramai komen nak Mel bergandingan dengan Adlin,”

Emelda turut memberitahu bahawa sebelum ini ketika Adlin mengarah drama terbitannya sendiri, dia hanya sempat berlakon untuk satu atau dua babak dalam drama terbabit. Namun untuk terbitan naskah kali ini, dia dan suaminya bakal berlakon sebagai pasangan.

View this post on Instagram

kecik jer family Mel? @adlinamanramlie @edrarafaeladlin #emeldaroseraya2020

A post shared by E M E L D A R O S E (@emeldarosemila) on

Difahamkan, drama untuk tayangan Astro Citra itu bertajuk Jodoh PKP dan bakal disiarkan tidak lama lagi di saluran Astro.

Sekadar info, Emelda dan Adlin telah mendirikan rumah tangga sejak 12 tahun yang lalu dan mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Edra Rafael yang kini berusia sembilan tahun.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...