Kebiasaannya, penjualan rumah lazim dilakukan menerusi portal pengiklanan seperti iProperty, web rasmi, Property Guru dan sebagainya.
Namun, satu iklan menjual rumah setingkat kos rendah di Kluang ini telah mencuri tumpuan warga maya apabila ia dijual di platform jual beli Shopee dengan harga RM250,000.
Dalam iklan tersebut, terdapat beberapa foto memaparkan keadaan dalam dan luar rumah berkenaan.
Malah, pemilik iklan tersebut turut membenarkan mereka yang berminat untuk menggunakan khidmat SpayLater yang disediakan di platform berkenaan.
Difahamkan, pengguna boleh membuat bayaran secara ansuran bulanan sekaligus membolehkan sesiapa sahaja berpeluang memiliki rumah sendiri.
Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.