Impian ‘Gila’ & Tak Masuk Dek Akal? Ini Kos Yang Perlu Dimiliki Jika Mahu Beli Menara TRX

Kehidupan

Impian ‘Gila’ & Tak Masuk Dek Akal? Ini Kos Yang Perlu Dimiliki Jika Mahu Beli Menara TRX

Sebelum ini, seorang pempengaruh dan usahawan muda dikenali ramai membuat orang ramai terkejut selepas memaklumkan dirinya menyimpan impian mahu membeli Menara Tun Razak Exchange (TRX) di masa akan datang.

Sememangnya impiannya itu tidak diterima dek akal dan kebanyakan netizen merasakan pempengaruh tersebut menyimpian impian yang tidak akan dapat dicapai.

Advertisement

Jumlah wang yang perlu dimiliki jika mahu beli Menara TRX

Seorang pempengaruh yang bernama Zarif Azrie tampil membuat kira-kira berapakah jumlah wang yang perlu usahawan tersebut miliki jika mahu membeli Menara TRX.

Difahamkan, kos pembinaan Menara TRX mencecah sebanyak RM3.4 bilion dan dengan ketinggian 492 meter, ia merupakan salah satu bangunan tertinggi di Asia.

Melalui perkongsian Zarif, jika nilai hartanah Menara TRX itu naik sekitar 8% setiap tahun, maka pada tahun 2024, harga bangunan itu mencecah hampir RM5 bilion, namun, Andika enggan bila sekarang dan dia menyimpan hasrat mahu membeli bangunan itu 10 tahun lagi, jadi berapakah nilai Menara TRX ketika itu?

Perlu miliki lebih RM40 bilion

Dengan andaian kenaikan nilai hartanah sebanyak 8% setiap tahun, maka lagi 10 tahun akan datang harga Menara TRX akan cecah RM10.79 bilion, tetapi harga tersebut belum muktamad lagi.

Impian mahu membeli Menara TRX ini bukan hanya memikirkan kos bangunan, bahkan banyak lagi kos lain yang perlu dipertimbangkan dan jika pempengaruh berkenaan mahu membeli 10 tahun akan datang, dia perlu memiliki RM40 bilion hingga RM62 bilion.

andika putera
3 months ago

"Tak Ada Masalah Untuk Berimpian Gila" - Andika Putera Simpan Impian Mahu Beli Bangunan TRX

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...