Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Impian Buka Kafe Terkubur, Nomad Kecewa Ditipu Puluhan Ribu Ringgit Oleh Rakan Baik

Nomad

Penyanyi Nomad meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila dirinya telah diperdaya puluhan ribu ringgit oleh sahabat baiknya sendiri.

Nomad yang ditemui media berkata perkara tersebut terjadi ketika mereka berdua merancang untuk membuka kafe bersama dan tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap individu itu sebagai sahabatnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by NMA (@nomadaish88)

Meletakkan sepenuh kepercayaan, Nomad tidak menyangka perkara tersebut berlaku dan ianya mula terbongkar apabila seorang lagi teman memaklumkan bahawa tiada urusan pembelian mesin kopi telah dibuat.

“Saya memang percaya pada dia seratus peratus. Ya memang betul kafe tersebut bukanlah modal saya seorang, dia juga keluarkan modal. Tetapi saya terkilan kerana dia menipu. Itu saja. Saya mula rasa sesuatu tidak kena selepas menghubungi seorang lagi kawan kami, bertanyakan mengenai sebut harga mesin kopi.”

Mengakui terkejut dengan peristiwa itu, Nomad walau bagaimanapun enggan berbuat musuh dan meminta jika sahabatnya itu ada membaca mengenai perkara ini di media, penyanyi itu meminta agar menghubunginya dengan segera untuk menyelesaikannya secara baik.

View this post on Instagram

A post shared by NMA (@nomadaish88)

Advertisement

View this post on Instagram

A post shared by NMA (@nomadaish88)

“Apa pun dia saya tidak anggap sebagai musuh, namun nak rapat macam dulu-dulu tu mungkin tidak..” ujarnya lagi.

Mengambil iktibar terhadap perkara itu, penyanyi lagu Tetap Menantimu ini berjanji akan lebih berhati-hati dan tidak mempercayai dengan sewenangnya kepada orang luar.

Perkembangan terkini, bintang Gegar Vaganza musim ke-7 ini sedang dalam perancangan mengusahakan perniagaan Ikan Celup Tepung (ICT) bersama ibu tersayang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama