Baru-baru ini, tular satu kisah mengenai seorang anak muda yang terpaksa menguburkan impian memiliki rumah pertama selepas permohonan pinjaman perumahannya ditolak bank akibat kewujudan komitmen kewangan tersembunyi atas namanya sendiri.
Dalam perkongsian di Facebook oleh seorang ejen hartanah, diceritakan tentang seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an yang berminat membeli sebuah rumah bernilai RM170,000 sebagai pelaburan hartanah.
Pada peringkat awal semakan kelayakan pinjaman, segala-galanya berjalan lancar. Namun, selepas permohonan dihantar ke bank, pihak bank memaklumkan terdapat satu rekod pinjaman kereta aktif atas nama pemohon yang tidak pernah dimaklumkan sebelum ini.
Apabila ditanya, pemuda itu menafikan pernah membuat pinjaman lain. Untuk memastikan, ejen hartanah tersebut membuat semakan melalui sistem CTOS dan CCRIS dan mendapati memang wujud pinjaman kenderaan di bawah namanya.
Pemuda itu kemudiannya menjelaskan bahawa kereta tersebut digunakan oleh abangnya dan dia hanya menyerahkan salinan kad pengenalan serta penyata gaji untuk membantu membeli kereta, dengan anggapan dirinya hanya sebagai penjamin. Namun, rupanya namanya didaftarkan sebagai peminjam kedua dalam pinjaman tersebut.
Ejen hartanah mencadangkan agar pemuda tersebut membuat pinjaman bersama abangnya, tetapi cadangan itu ditolak oleh abangnya.
Sehubungan itu, ejen berkenaan menasihati orang ramai supaya memahami dengan jelas peranan mereka dalam sebarang pinjaman, sama ada sebagai penjamin atau peminjam kedua kerana kedua-duanya berpotensi menjejaskan kelayakan pinjaman di masa hadapan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.