Impian Akhirnya Tercapai, Daiyan Trisha Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu Bapa

Hiburan

Impian Akhirnya Tercapai, Daiyan Trisha Hadiahkan Kereta Mewah Buat Ibu Bapa

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha meluahkan rasa gembira apabila impiannya untuk menghadiahkan kedua ibu bapanya sebuah kereta mewah telah dimakbulkan serta dipercepatkan atas keizinan yang maha Esa.

Daiyan TrishaSumber : Instagram Daiyan Trisha  

Dia yang memuat naik foto dirinya bersama kereta yang dibelinya itu di Instagram turut berkongsi sedikit catatan mengenai impian dan misi yang disimpannya untuk 2-3 tahun yang akan datang.

Advertisement

Daiyan turut menulis luahan rasa yang menzahirkan rasa gembira kerana akhirnya dapat menunaikan impian utama untuk membahagiakan kedua ibu-bapanya.

“Salah satu impian Daiyan memang nak belikan kereta untuk ibu bapa sekurangnya dalam 2-3 tahun lagi. Alhamdullilah meskipun COVID, tahun lepas Allah kurniakan saya rezeki. Jadi Daiyan fikir buat apa tunda kalau untuk ibu bapa..”

Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, Daiyan berkata dia hanya ingin berkongsi perkara itu kepada peminat sebagai tanda sayang dan bersyukur kerana telah dibesarkan oleh mereka.

Difahamkan, kereta mewah yang berjenama Mercedes Benz itu telah dihadiahkan sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan buat kedua ibu bapanya itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Daiyan Trisha

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...