Impak Drama Layangan Putus, Reza Rahadian ‘Seram’ Baca Komen Dimaki, Ada Netizen Malaysia!

Hiburan

Impak Drama Layangan Putus, Reza Rahadian ‘Seram’ Baca Komen Dimaki, Ada Netizen Malaysia!

Satu drama dari Indonesia iaitu Layangan Putus mengisahkan tentang suami berlaku curang terhadap isterinya mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan disana serta warga Malaysia.

Watak yang dibawa oleh Reza Rahadian iaitu Mas Aris amat ‘dibenci’ oleh penonton kerana lebih mengutamakan skandalnya, Lydia berbanding isterinya, Kinan yang baru sahaja keguguran anak kedua mereka.

Advertisement

Tular di TikTok memaparkan Reza membaca semula semua komen berunsur kecaman termasuklah dari netizen Malaysia dan beliau menunjukkan ekspresi ‘seram’ serta terhibur apabila membaca komen-komen dari peminat drama tersebut.

Walaupun berasa ‘takut’ dengan kecaman-kecaman netizen, dia sangat menghargai sambutan yang diterima oleh orang ramai untuk drama terbabit serta sempat juga meluahkan rasa geram dengan sikap buruk Mas Aris yang dilakonkannya.

Meskipun semua itu hanyalah lakonan, ramai wanita yang berasa takut untuk mempercayai lelaki selepas menonton drama itu, tetapi turut memuji barisan pelakon di dalam Layangan Putus itu kerana watak-watak mereka memberi kesan yang mendalam.

Naik darah tinggi tengok drama ni tau!

2 years ago

"Selamatkan Saya" - Lelaki 'Jual' Diri Di Papan Iklan Untuk Cari Isteri, Tak Mahu Perkahwinan Diatur Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...