Satu drama dari Indonesia iaitu Layangan Putus mengisahkan tentang suami berlaku curang terhadap isterinya mendapat sambutan hangat dari penduduk tempatan disana serta warga Malaysia.
Watak yang dibawa oleh Reza Rahadian iaitu Mas Aris amat ‘dibenci’ oleh penonton kerana lebih mengutamakan skandalnya, Lydia berbanding isterinya, Kinan yang baru sahaja keguguran anak kedua mereka.
Tular di TikTok memaparkan Reza membaca semula semua komen berunsur kecaman termasuklah dari netizen Malaysia dan beliau menunjukkan ekspresi ‘seram’ serta terhibur apabila membaca komen-komen dari peminat drama tersebut.
Walaupun berasa ‘takut’ dengan kecaman-kecaman netizen, dia sangat menghargai sambutan yang diterima oleh orang ramai untuk drama terbabit serta sempat juga meluahkan rasa geram dengan sikap buruk Mas Aris yang dilakonkannya.
Meskipun semua itu hanyalah lakonan, ramai wanita yang berasa takut untuk mempercayai lelaki selepas menonton drama itu, tetapi turut memuji barisan pelakon di dalam Layangan Putus itu kerana watak-watak mereka memberi kesan yang mendalam.
Naik darah tinggi tengok drama ni tau!