Imej Tercalar Kerana Isu Fitnah Jururawat : Linda Rafar Saman 100 Netizen

Hiburan

Imej Tercalar Kerana Isu Fitnah Jururawat : Linda Rafar Saman 100 Netizen

Isu penyanyi Linda Rafar yang didakwa memfitnah jururawat sebelum ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah badan NGO mewakili jururawat yang ingin mengemukakan saman terhadap beliau.

Advertisement

Terbaru, Linda bersama peguam yang mewakilinya tengah hari tadi mengadakan satu sidang media khas.  Anggota kumpulan Elita itu memberitahu beliau akan memfailkan saman terhadap lebih 100 individu yang melemparkan kata-kata negatif berunsur kecaman terhadap dirinya berhubung isu fitnah jururawat yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Apa yang berlaku memberikan kesan yang cukup mendalam buat Linda sebagai seorang selebriti sehingga imej dan reputasi keluarga juga tercalar.

Kami sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, kami masih dalam proses mengumpul butiran lanjut mereka. Selepas itu, baru notis akan dihantar. Saya nak mereka buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

Apa yang dibuat ini adalah untuk memberi pengajaran kepada semua pengguna laman sosial supaya tidak sewenang-wenangnya menulis komen yang berbaur fitnah dan mengaibkan. Jangan sesuka hati nak buli orang lain di laman sosial.

Pada awalnya Linda tidak mahu mengemukakan saman berkenaan tetapi beliau tetap dikecam serta dicemuh meskipun ibunya sudah meninggal dunia pada 11 Januari lalu.

Belum pernah terjadi dalam industri hiburan tanah air ada artis yang ingin mengambil tindakan saman terhadap netizen. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut kes ini.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : H Live

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...