Imej Pertama Black Hole Dipaparkan Kepada Semua

Trending

Imej Pertama Black Hole Dipaparkan Kepada Semua

Sebelum ini kita hanya mendapat bayanyan bentuk Black Hole atau lohong hitam di dalam filem-filem sains fiksyen Hollywood.

Advertisement

Terbaru pakar astronomi telah berjaya mengambil gambar Black Hole pertama yang berada di satu galaksi yang jauh.

Berukuran 40 bilion kilometer bersamaan dengan tiga juta kali saiz Bumi dan diberi gelaran sebagai “raksasa” oleh para saintis.

Lohong hitam berada 500 juta trilion kilometer jauhnya dan difoto tersebut diambil oleh lapan rangkaian teleskop di seluruh dunia.

Butiran telah diterbitkan hari ini dalam Surat Jurnal Astrophysical.

Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa, kata Shep Deoleman, ahli kaji angkasa di Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian tatkala beliau mempersembahkan imej pertama lohong hitam atau ‘black hole‘.

Imej tersebut, lingkaran cahaya jingga kekuningan membara mengelilingi bulatan hitam, dipaparkan dalam satu majlis di Washington D.C. pada Rabu, membuktikan teori Albert Einstein lebih seratus tahun lalu.

Usaha yang dikepalai Deoleman itu mengambil masa puluhan tahun, dan imej itu diperoleh daripada analisis komputer selama dua tahun terhadap hasil pemerhatian lapan rangkaian teleskop radio yang letaknya di atas enam gunung dan empat benua.

Untuk menangkap imej lohong hitam tersebut, para pengkaji angkasa mencerap melepasi ruang angkasa ke sebuah galaksi gergasi dalam buruj Virgo, bernama Messier 87 atau M87 yang jaraknya 53.49 juta tahun cahaya dari Bumi.

Di sana, sebuah lohong hitam sekitar tujuh bilion kali lebih besar daripada matahari melepaskan letusan tenaga sejauh 5,000 tahun cahaya ke angkasa.

Kita telah melihat apa yang kita sangka tidak mampu dilihat. Kita telah melihat dan mengambil gambar lohong hitam. Inilah dia,” kata Deoleman.

Hasil penuh dapatan pasukan Deoleman itu diterbitkan dalam Astrophysical Journal Letters.

Menurut teori relativiti am Einstein, lohong hitam terbentuk daripada pelanggaran bintang gergasi pada penghujung kitaran hayatnya, dan ia terus membesar dengan menyedut segala yang berada di sekitarnya.


Berdasarkan teori itu juga, tidak ada satu benda pun di alam semesta ini; termasuk cahaya, dapat terlepas daripada tarikan lohong hitam, lokasi paling tumpat dan jitu di seluruh cakerawala.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...