iMedia & KiS Coffee Co. Bekerjasama, Bawa Kejuaraan Grand Final World Young Barista Championship Ke Malaysia!

Branded

iMedia & KiS Coffee Co. Bekerjasama, Bawa Kejuaraan Grand Final World Young Barista Championship Ke Malaysia!

Berita baik buat barista di luar sana, Malaysia dipilih sebagai negara tuan rumah antarabangsa yang pertama untuk kejuaraan Grand Final World Young Barista (WYBC). Terbaiklah!

Perkara ini menjadi detik bersejarah buat semua, terutama WYBC kerana ini adalah kali pertama dalam sejarah penganjuran kejuaraan diadakan luar daripada Korea. 

Barista, kopi, cafe, World Young Barista Championship

Menariknya, acara ini akan dianjurkan oleh KiS Coffee Co., selaku Penganjur Rasmi dan Pemegang Hak WYBC, dengan kerjasama iMedia Asia selaku Penganjur Bersama dan Rakan Media Rasmi bagi Malaysia.

Kerjasama ini menjadi satu langkah strategik bagi memperluaskan pengaruh serantau kejohanan ini, di samping memperkukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab acara gaya hidup premium dan berasaskan pengalaman.

Mengetengahkan Bakat Muda 

Barista, kopi, cafe, World Young Barista Championship

Disebabkan pertumbuhan signifikan boleh dilihat dalam industri kopi tempatan, KiS Coffee Co. dan iMedia Asia yakin dengan keputusan untuk membawa Grand Final World Young Barista Championship tau. 

Menerusi kemunculan generasi baharu barista yang cukup bersemangat, berkemahiran tinggi dan berfikiran global di seluruh negara, Malaysia kini bersedia untuk menjadi tuan rumah acara berprestij ini.

Barista, kopi, cafe, World Young Barista Championship

Selain itu, kejohanan ini juga diadakan bertujuan untuk memupuk bakat muda, meningkatkan standard profesional, serta membuka peluang bermakna kepada barista bagi mendapatkan pendedahan dan pengiktirafan industri. 

Inisiatif ini sekali gus mengukuhkan komitmen kedua-dua pihak dalam menyokong komuniti kopi serta pembangunan kerjaya jangka panjang.

Sebagai Penganjur Bersama dan Rakan Media Rasmi, iMedia Asia akan menerajui strategi media, pengukuhan digital serta liputan kandungan, dengan kerjasama rapat bersama KiS Coffee Co. yang bertanggungjawab terhadap standard pertandingan, operasi dan hala tuju global kejohanan.

Jadi, kalau anda barista muda dan ingin sertai kejuaraan Grand Final World Young Barista (WYBC), stay tuned dan ikuti KiS Coffee Co. untuk perkembangan terkini. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...