iMedia dan PSM Bekerjasama Melancarkan Rangkaian Pengiklanan LED Digital Canggih di TM Stadium Nasional dan Unifi Arena

Berita

iMedia dan PSM Bekerjasama Melancarkan Rangkaian Pengiklanan LED Digital Canggih di TM  Stadium Nasional dan Unifi Arena

Kawasan sekitar TM Stadium Nasional dan Unifi Arena bakal menerima nafas baharu apabila rangkaian skrin LED digital berskala besar akan dipasang di lokasi ikonik tersebut.

Inisiatif ini dilaksanakan menerusi kerjasama antara iMedia Asia Sdn Bhd (iMedia) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), sekali gus membuka ruang lebih luas kepada pengiklanan digital di pusat sukan dan hiburan utama negara.

Advertisement

Imedia stadium

imedia stadium

Menerusi perjanjian tersebut, iMedia akan membina serta memasang 10 skrin LED digital bersaiz besar di sekitar TM Stadium Nasional, selain 12 e-bunting di bahagian luar Unifi Arena.

Langkah ini dijangka memberi pendedahan jenama yang lebih meluas kepada pengiklan serta mewujudkan pengalaman interaktif yang lebih menarik kepada pengunjung yang hadir ke acara sukan dan hiburan.

Menurut Pengerusi Catcha Digital Berhad, Patrick Grove, kerjasama ini merupakan satu perkembangan penting dalam landskap pengiklanan digital di venue sukan.

imedia

“Kerjasama dengan PSM ini merupakan satu “game-changer” buat iMedia. Kami komited untuk mencipta penyelesaian digital yang meningkatkan pengalaman acara langsung sambil memberikan nilai yang tinggi kepada pengiklan. Dengan jutaan pengunjung setiap bulan, skrin ini akan memberi nafas baharu kepada cara peminat dan jenama berinteraksi di venue sukan dan hiburan paling ikonik di Malaysia.”

Pemasangan LED baharu ini dilaporkan bertujuan meningkatkan pengalaman peminat dan pelawat di TM Stadium Nasional serta Unifi Arena, di samping mewujudkan lebih banyak “brand touchpoints” melalui gabungan teknologi dan pengalaman acara secara langsung.

Bagi pengiklan pula, inisiatif ini membuka peluang untuk mendekati audiens premium di salah satu destinasi sukan dan hiburan paling dinamik di Asia.

Venue tumpuan acara besar negara

TM Stadium Nasional dan Unifi Arena sememangnya terkenal sebagai lokasi penganjuran acara berskala besar di Malaysia dengan kapasiti gabungan melebihi 100,000 tempat duduk.

TM Stadium Nasional pernah menjadi tuan rumah pelbagai acara sukan antarabangsa termasuk kelayakan Piala Dunia FIFA dan Piala Asia AFC, selain konsert artis antarabangsa seperti Coldplay dan Bruno Mars.

Sementara itu, Unifi Arena sering menjadi lokasi konsert artis terkenal dunia seperti Jacky Cheung, Andy Lau serta kumpulan K-Pop IVE, selain menjadi venue bagi kejohanan badminton berprestij BWF Terbuka Malaysia Super 1000.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil berkata pembangunan tersebut merupakan langkah penting dalam usaha memodenkan kawasan stadium.

“TM Stadium Nasional dan Unifi Arena sentiasa menjadi nadi kepada budaya sukan dan hiburan Malaysia. Melalui kerjasama dengan iMedia, kami mengorak langkah ke hadapan dalam mentransformasikan kawasan ini menjadi destinasi bertaraf dunia yang diperkasakan secara digital. Skrin LED baharu ini akan memodenkan persekitaran dan memperkayakan lagi pengalaman bagi pengunjung, atlet, dan peminat.”

Dengan akses terus kepada LRT serta rangkaian lebuh raya utama, kawasan tersebut menarik lebih dua juta kenderaan setiap bulan.

Beberapa acara besar juga dijangka berlangsung pada April 2026 termasuk IVE WORLD TOUR dan Sammi Cheng Live, yang dijangka membawa kehadiran pengunjung yang tinggi ke kawasan stadium.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

catcha
2026-02-26 20:24:22

Catcha Digital Catat Rekod Pendapatan dan Keuntungan Tahunan Tertinggi Bagi Tahun 2025

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...