Imbau Kenangan Ketika Membesar, Nabil Ahmad Berniat Jadikan Rumah Keluarga Sebagai Madrasah

Hiburan

Imbau Kenangan Ketika Membesar, Nabil Ahmad Berniat Jadikan Rumah Keluarga Sebagai Madrasah

Pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menyatakan hasratnya untuk menjadikan rumah kampungnya sebagai madrasah.

Menerusi TikTok, Nabil telah berkongsi satu video menunjukkan keadaan terkini rumah keluarganya yang terletak di Mambau, Negeri Sembilan.

Advertisement

Sambil berjalan ke setiap sudut rumah, pengacara berusia 42 tahun itu mengimbau segala kenangannya sewaktu membesar di kediaman tersebut.

Masya-Allah, rindunya rumah ini. Rumah ini malam sangat sejuk, tak perlu pasang ‘air cond’. Ini bilik bujang saya, dulu warna biru, sekarang warna kuning.

Insya-Allah, kalau ada rezeki satu hari nanti, kita akan jadikan rumah ini sebagai madrasah. Dapat pahala untuk mak, ayah dan adik-beradik mak.

@nabilofficial83House tour rumah. Simpan sini buat kenangan.♬ original sound – Nabilahmad

Difahamkan, Nabil dan isterinya, Zira Ayub menziarahi rumah tersebut ketika pulang ke kampung bersempena dengan sambutan Aidiladha hujung minggu lalu.

Sementara itu, ramai memberikan komen dan ada juga dalam kalangan penduduk kawasan sekitar yang baru tahu bahawa kediaman tersebut adalah tempat Nabil membesar.

Ada juga yang berterima kasih kerana mereka menggunakan kawasan luas di depan rumah keluarga Nabil untuk meletakkan kenderaan ketika pergi menunaikan solat di surau berdekatan.

Hari Jumaat saya selalu tumpang parking kereta dekat depan rumah ni. Thank you bos.

komen netizen di TikTok komen netizen di TikTok komen netizen di TikTok

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Beego pergi tabligh
1 month ago

“Yang Sinis Tu Tak Apalah, Biar Allah Bersihkan Hati” - Pergi Tabligh Tapi Diperli, Ini Jawab Beego

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...