Bakal pengantin yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan pasti menginginkan yang terbaik disediakan tidak kiralah dari segi persiapan pelamin, makanan untuk tetamu dan juga barang hantaran.
Dek kerana peredaran zaman, pastinya ramai yang tampil kreatif dari segi penyediaan hantaran buat kedua-dua pasangan mempelai.
Namun tular di media sosial Twitter apabila seorang pengguna @nabilfikran10 ada berkongsikan foto-foto hantaran milik pengantin zaman dahulu yang hanya menyediakan hantaran pengantin dalam bentuk balutan hamper sahaja.
Steady orang dulu dulu bagi hantaran mcm hamper. pic.twitter.com/KidSaRup40
— ????? ??????’? (@nabilfikran10) January 11, 2022
Perkongsian tersebut ternyata telah mencuri perhatian netizen yang rata-ratanya terpana melihat cara pembungkusan yang tidak tumpah seperti hadiah hamper yang selalunya diberi ketika acara-acara sekolah dan sebagainya.
Malah, ada yang tertanya-tanya apakah sebab dan tujuan hantaran perkahwinan dibalut seperti itu pada ketika itu.
Antara respon yang diberi adalah kerana ingin mengelak daripada barang hantaran kena tempias hujan dan rosak serta dimakan oleh kanak-kanak.
Selain itu, ada yang menjelaskan bahawa hantaran berbalut hamper boleh dikira sebagai hantaran yang agak gah pada zaman dahulu dan kebanyakannya berisi barang makanan dan manisan.
Nostalgia betul kan? Mesti ibu-bapa anda pernah melalui zaman hantaran berbalut hamper seperti ini!