Imbas Suka Duka Awal Pembabitan Dalam Bidang Seni, Datuk Aaron Aziz Tayang Kereta Pertama, -“Jadi Rumah Kalau Tak Ada Tempat Tidur”

Hiburan

Imbas Suka Duka Awal Pembabitan Dalam Bidang Seni, Datuk Aaron Aziz Tayang Kereta Pertama, -“Jadi Rumah Kalau Tak Ada Tempat Tidur”

Pelakon yang kini bergelar Datuk, Aaron Aziz baru-baru ini ada mengimbas kenangan nostalgia ketika dia awal-awal membabitkan diri dalam industri seni dan bergelar selebriti.

Aaron Aziz dalam entri terbaru instagramnya telah mendedahkan kereta pertama yang digunakan sepanjang tempoh awal kariernya di sekitar tahun 2005 – 2008.
Banyak berjasa kepada Aaron, kereta berjenama Vios itu telah digunakannya untuk mengembara dan berulang alik antara Kuala Lumpur dan Singapura selama tempoh tiga tahun ketika mula bertapak sebagai pelakon di Malaysia.

Advertisement

Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa kereta lamanya itu menjadi saksi ketika dia tiada tempat untuk berteduh dan telah menjadi pelindung sewaktu dia tiada tempat untuk tidur pada ketika itu.

View this post on Instagram

Dengan isteriku @diyanahalik yg tak besar besar Tapi selalu complain gain weight. #abgtakfaham Tak tahu gambar tahun brape ni.

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“Kereta inilah yang menjadi rumah kalau tak ada tempat tidur. Kereta inilah yang menjadi tempat rehat. Kereta inilah yang sangkut banjir kat Ampang. Kereta inilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih Allah,”

Datuk Aaron Aziz yang menjadi terkenal setelah membintangi beberapa filem seperti Ombak Rindu kini bahagia bersama isteri tercinta, Datin Diyana Halik yang dinikahinya pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi,16, Dwi Ariana,14 dan Dahlia Arissa, 10 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...