Pelakon yang kini bergelar Datuk, Aaron Aziz baru-baru ini ada mengimbas kenangan nostalgia ketika dia awal-awal membabitkan diri dalam industri seni dan bergelar selebriti.
Aaron Aziz dalam entri terbaru instagramnya telah mendedahkan kereta pertama yang digunakan sepanjang tempoh awal kariernya di sekitar tahun 2005 – 2008.
Banyak berjasa kepada Aaron, kereta berjenama Vios itu telah digunakannya untuk mengembara dan berulang alik antara Kuala Lumpur dan Singapura selama tempoh tiga tahun ketika mula bertapak sebagai pelakon di Malaysia.
Dalam pada itu, dia turut menyatakan bahawa kereta lamanya itu menjadi saksi ketika dia tiada tempat untuk berteduh dan telah menjadi pelindung sewaktu dia tiada tempat untuk tidur pada ketika itu.
“Kereta inilah yang menjadi rumah kalau tak ada tempat tidur. Kereta inilah yang menjadi tempat rehat. Kereta inilah yang sangkut banjir kat Ampang. Kereta inilah banyak kena saman sebab nak sampai KL awal. Terima kasih Allah,”
Datuk Aaron Aziz yang menjadi terkenal setelah membintangi beberapa filem seperti Ombak Rindu kini bahagia bersama isteri tercinta, Datin Diyana Halik yang dinikahinya pada Ogos 2003. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi,16, Dwi Ariana,14 dan Dahlia Arissa, 10 tahun.