Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Imbas Kembali Drama Slot Akasia Pukul 7 Digilai Ramai!

Drama Slot Akasia TV3

Anda masih ingat tak drama-drama yang pernah ditayangkan di TV3 setiap pukul 7 yang pernah menjadi kegilaan orang ramai? Sebut sahaja slot Akasia TV3, pasti akan terlintas pelbagai drama-drama menarik yang menjadi pilihan hati orang ramai.

Advertisement

Disebabkan sebelum ini kami telah ‘throwback’ filem komedi romantik wajib ditonton, kali ini kami ingin ‘throwback’ pula drama slot Akasia pukul 7 yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu yang tentunya akan mengamit kenangan ramai pihak.

1. Spa Q (2007)

Drama Spa Q

Pelakon: Norish Karman, Faradhiya, Betty Banafe

Advertisement

Dibintangi oleh barisan perlakon yang hebat-hebat belaka dan pernah menjadi salah satu drama kegilaan golongan wanita di luar sana. Drama ini berkisarkan kehidupan Qistina iaitu pemilik Spa Q dan pelanggan-pelanggannya. Apa yang best tentang drama ini ialah OST yang dinyanyikan oleh penyanyi hebat Datuk Siti Nurhaliza!

2. Manjalara

Drama Manja Lara

Pelakon: Emelda Rosmila, Jehan Miskin

Drama yang diarahkan oleh Khabir Bhatia ini memang ada aura-aura telenovela sikit sebab ia diadaptasi daripada siri Venezuela bertajuk Mi Gorda Bella. Drama ini berkisah tentang Manja dan Lara, dua orang yang serupa namun mempunyai perwatakan yang berbeza. OST drama ini bertajuk Satu Harapan yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor memang ‘meletup’ masa itu.

3. Adamaya

Drama AdaMaya

Pelakon: Lisa Surihani, Syed Hussein, Faizal Yusup

Advertisement

Bila teringat balik drama ini, boleh perasan yang Lisa Surihani pada 10 tahun lalu memang tak banyak berubah pun dengan Lisa Surihani yang sekarang ini. Masih comel dan manis orangnya! Drama yang pernah jadi fenomena sekejap ini mengisahkan tentang pancaroba yang dialami pasangan dalam sebuah perkahwinan di usia muda.

4. Nora Elena

Drama Nora Elena

Pelakon: Aaron Aziz, Siti Saleha

Bermula drama inilah populariti Siti Saleha mula mencanak-canak naik tambahan pula apabila bergandingan dengan hero Aaron Aziz. Diadaptasikan oleh novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaika, drama ini mencetuskan sedikit kontroversi apabila watak heroinnya telah berkahwin dengan lelaki yang pernah meragut kesuciannya semasa dahulu.

5. Ariana Rose

Drama Ariana Rose

Pelakon: Fathia Latiff, Keith Foo, Nabila Huda

Diadaptasikan daripada sebuah novel terlaris di Malaysia, The Wedding Breaker karya Evelyn Rose, drama ini juga pernah sensasi dan mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Drama ini juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila watak utamanya berkahwin dengan lelaki yang pernah meragut kesuciannya. OST drama ini yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah iaiti Di Pintu Syurga menjadi siulan orang ramai semenjak drama ini ditayangkan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Elliza Razak

    August 6, 2021 at 7:19 pm

    SEBAGAI MAKLUMAN, SLOT AKASIA TV3 TERLEBIH DAHULU BERSIARAN DARI ISNIN HINGGA KHAMIS JAM 6.30 PETANG DARI 2007 HINGGA 2010. MULAI JANUARI 2011, SLOT BERKENAAN AKAN BERSIARAN LEWAT 30 MINIT, IAITU JAM 7.00 MALAM SEHINGGA KINI. HARAP MAKLUM.

  2. unknown

    August 6, 2021 at 1:47 pm

    SPA Q D BEST.. Tolong ulang!!

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top