Penyanyi lagu Teman yang bernama Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19 atau lebih dikenali sebagai Iman Troye masih melanjutkan pengajiannya ke peringkat Universiti jurusan muzik di UiTM Shah Alam walaupun sudah bergelar sebagai seorang penyanyi.
Ujar penyanyi tersebut semasa temu bual bersama Mstar, dia berasa bosan melalukan kelas secara atas talian namun akur dengan situasi tersebut kerana pandemik Covid-19.
Baru-baru ini juga Iman diselembungi dengan cerita bahawa dirinya bercinta dengan seorang penyanyi dan pelakon popular iaitu Naim Daniel apabila beliau memuatnaik video di Instagram bersama dengan caption “With abang sayang!”.
View this post on Instagram
Iman menjelaskan ketika ditemu bual bersama Mstar bahawa dirinya dan Naim Daniel cuma rapat seperti abang dan adik sahaja.
Naim Daniel tu memang abang ya, jangan macam-macam… memang abang! So far memang saya single, so kalau nak try boleh DM.
Penyanyi itu juga berkata dirinya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga malah dia ingin berkahwin pada usianya sudah mencecah 30 tahun.