Selepas teruk dikecam atas kerana memuatnaik status kontroversi di Twitter sehinggakan trending selama dua hari, penyanyi Iman Troye akhirnya membuat permohonan maaf secara umum di Instagram nya atas gurauan tentang kes COVID-19 semakin meningkat.
Iman Troye atau nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin mengakui kesilapannya kurang sensitif mengenai gurauan yang dilakukannya di Twitter baru-baru ini mengenai kes COVID-19 di negara ini yang meningkat setiap hari.
Iman tampil memohon maaf secara umum di Instagram nya berkata,
Saya minta maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Saya sedar sebaik sahaja saya muat naik ciapan tersebut, twit itu adalah sangat mengelirukan dan saya akui itu.
Ia adalah satu perkara yang tidak sensitif yang dibuat oleh saya. Saya sepatutnya lebih tahu mengenai hal ini.
View this post on Instagram
Penyanyi yang berusia 19 tahun itu turut berkata dia telah pun mendapat pengajaran atas kesilapan yang telah dilakukan oleh dirinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.